Tuesday, December 27, 2005

Penat Sabtu Tak Abih Agi.

Mak ai... dah masuk Streamyx pon sekejap tulih sekejap tak tulih... apa nak jadi daaa... Ari nie Selasa. Badan rasa tak sedap, rasa lemah longlai. Gara-gara sabtu tido kul 5. Penat betul Sabtu 24.12.05 tue. Penat-penat pon puas. Dekat 10 jam berada kat KL Jam Asia Sri Hartamas. Mmg Best!

Wednesday, December 14, 2005

Alhamdulillah Syukur...

mmm lega rasanya 1 ari aku gunakan dgn sepenuh. Sumer atas limpah kurnia & rezekinya dapat aku mencari sesuap nasi. Seharian aku menjamu mata dengan sinaran monitor mengadap pc-pc yang cuba ku hidupkan kembali. Setengah hari di rumah & setengah hari lagi di Shah Alam. Alhamdulillah apa yang aku rancang 1 ari nie berjalan ngn lancar. 'Dia' juga menganugerahkan aku McD ari nie, FREE of charge. Setelah penat lelah, aku nak sudahi taipan aku nie ngan ucapan SELAMAT HARI JADI yg ke-22 kepada adik aku. Semoga Allah memberkati kehidupannya & melimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Wednesday, November 30, 2005

Frust Sesangat...

Ari nie seharian duk belajar camner nak letak lagu dlm blog. Alhamdulillah, berhasil. Petang gi amik MyKad yg dah siap. Lepas tu gi Low Yat, gi Check Motherboard MSI tue ok ker idak. Betul-betul hampeh. Mamat tue wat sekali jer terus ON. Aku buat sampai tak tido mlm tak jugak boleh. Memang nak kena menuntut agi nie. Balik dari Low Yat, gi amik Syafiqa & hantar dia kat Perhentian Putra. Sebelum kul 9 tue gi mkn McD jap. Best pulak makan Foldover time lapar. Kul 9.45pm baru sampai umah. Try pasang agi MSI tue, masih tak menjadi. Esok nak bawa sumer biar depa pasangkan lar. Biar depa lak detect apa yg tak kena. Frust betul. Esok nak servis kereta, gi rumah kedua; Low Yat. Nak settlekan PC terdelay nie. Yang best nyer ari nie, dapat achive letak lagu dalam boleh. Yerghhh...

Saturday, November 26, 2005

Pangkor Trip?

Jumaat: Lepas subuh bersihkan kereta Ibu, wat breakfast tuk Ayah, then surf net, mandikan kucing. Tgh hari: Solat Jumaat, Bosan sesgt 1 ari duk umah. Cuba siapkan Video Editing, find out tempat servis Acer, Surf net, tido, mkn, main ngn kucing. Pagi buta: budak ex-A.I.I wat conference kat Yahoo Messenger. Perbincangan topik bercuti ker Pangkor. Masih dalam perancangan. Harap-harapnya menjadi lar.

Thursday, November 24, 2005

Setelah selesai masalah...

Ari Rabu lepas (17.11.2005), settle install Streamyx. Tgk masalah lain lak timbul. Apply Streamyx 1MB, tgk dpt 512 jer. Ari nie baru itu installer call sama itu NOC kasi configure 1MB. So, surf, mmg puas hati. Tapi... kekurangan lain lak timbul. Modem ZXDL831 nie tak seswai jadi router pulak. Guna Torrent download jadi lembab, upload jer yg laju. Nanti lar baru kasi angkat itu Modem Router yg bagus. Buat masa nie, gunakan apa yg termampu...

Monday, November 21, 2005

Semalam pancit abih...


fuhhh... memang weekend yg paling penat. Jumaat dari ptg sampai ke mlm, kt RP Hyatt Saujana Subang. Jadi Cameraman for the Mushbuttons. Mmg best. Dapat kenal ngn Ex Drummer Seven Collar T-Shirt nama dia Mohktar aka Moq. Mmg tabik kt dia. Dan juga jumpa Jehan (adik kepada Farah Malaysian Idol). Cun abih. Settle show, lepak kt SS2 pekena Indomee. 12am gi lepak TTDI pekena Mumtaz Mohsin pulak ngn cousin and the gang. Last-last, kul 4 jugak sampai umah & tido. Bgn keesokkan arinya (Sabtu), kul 8 prepare peralatan jadi cameraman cousin tunang pulak kt Damansara Damai. Then gi open house Uncle kt Ampang & seterusnya umah member kat Kajang. 10.30 baru sampai umah & tido. Pancit teramat sangat. Ahad kuar umah kul 12.30 gi open house sampai kul 7.30 kat Cheras. dh gerak balik sampai Sungai Besi, boleh pulak tertinggal hp. hampeh tul, terpaksa lar patah balik. Then gi hantar member kt umah dia nun kt area2 Batu Cave. Lepas tu gi repair pc kt Jalan Semarak & dlm kul 10.30 gerak gi umah cousin kt SS12 Subang. 11.30 kuar balik gi Summit layan Harry Porter and The Goblet of Fire. Mmg best. Ditambah pula THX GSC Summit, 110% Satisfy! Abih kul 3am lebih minum jap, kul 4.17am tido jer kt umah cousin. Penat mmg penat. Tapi puas...

Thursday, November 17, 2005

Streamyx akhirnya di rumahku...

Hari nie (17.11.2005), akhirnya Streamyx pasang jgk kt umah. Best tul 100.00 mbps... Insyallah lepas nie... selalu lar update blog... nie azam baru Streamyx. huhuhu...

Sunday, October 23, 2005

Hari Terakhirku di...

Hari nie hari last aku pergi kelas CCNA kt UITM. Lepas raya nie Exam. Harap2 berjaya, boleh beri saingan sikit kt "Dewa CISCO". huhuhu... Alhamdulillah aku dapat puasa penuh setakat nie disamping dapat mencari sesuap nasi menjelang Hari Raya. Aku bersyukur kerana hari-hari yang telah berlalu telah aku isi dengan benda yg berfaedah. Harap-harapnya hari mendatang akan menjanjikan rezeki yang melimpah-limpah buat aku sekeluarga, Amin.

Monday, August 29, 2005

Kebanggaanku.


About 5,352 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) graduates will be receiving their degrees and diplomas at the university’s 35th Convocation held here in Skudai from 27 to 29 August 2005.

Among them are 18 PhD, 431 Masters, 3,527 Degrees and 1,376 Diplomas graduates. Meanwhile, 433 graduates are from the School of Professional and Continuing Studies (SPACE) with 332 degrees and 101 diplomas.

read more: http://web.utm.my/today/index.php?option=content&task=view&id=205&Itemid=2

Di antara 3,527 degrees yang graduates, salah sorangnya Buah hati Pengarang Jantungku. Aku gi hari Sabtu mlm, bas kul 12 sampai kul 4 lepak masjid Batu 10 Skudai, iktikaf kt masjid tue sampai kul 7.45, mandi dan terus gerak ke UTM. Best dapat tgk Buah hati Pengarang Jantung convo. Dapat kenal ngn Awek jual bunga agi. Sowang Melinda, sowang Aishah. Budak Electrical. Kepada sesaper berminat, sila isi borang bagi mendapatkan no. hp 2 awek bunga nie. huhuhu...

Tuesday, August 23, 2005

Manusia Durjana

Ini sambungan kepada citer 19.8.05 mengenai seorang lelaki melayu yg berpangkat "DR". Ayah aku ada lar membeli sebuah Camera Digital Konica Minolta dari seorang DR nie dgn harga RM1800 yg pada asalnya berharga RM3+++. Ayahaku beli sebab nampak muka DR nie mmg baik, humble kata Ayah aku. Bila dh bwk pulang ke rumah, aku ngn ayah aku pon cuba2 lar belajar guna benda alah tue. Maka nak dijadikan cerita, Flash camera tu mampuih. Puas lar ayah aku carik solution. Tanya owner asal tue, katanya mungkin salah setting. Salah setting kepala hanguk di berjambul 8. aku mmg dh agak dh, sebab mmg aku ngn ayah aku xder usik setting2 sumer, takut merumitkan agi benda alah tue. So, last resort, aku hantar lar Digicam tue ker Konica Minolta nun kat PJ Seksyen 13. Melilau mencarik tmptnya. Org service tu ckp Powerboard tuk charge Flash tu berkemungkinan terbakar, kalau nak repair, RM270. Aku ckp, " u kasik check dulu, takut nanti ada benda yg lain yg rosak, dh kasik check sumer, u call bagitau" so serviceman tu setuju. The nest week, dia call, bagitau Lense lak ada prob. nak ganti, RM1+++ lebih. mmm memang tak guna. dah lar tak sempat guna. Akhirnya, ayah aku decide gi antar balik kt owner asal. Sesampainya kt umah dia, pintu gate bukak sendiri tue, 4 biji kereta mengisi ruang porch tersebut. Aku tunggu dlm keta jer. Last2 ayah aku kuar dari umah tue dengan bersuara lantang. "Sorry DR. i really fed up with that thing, i dont want it, i dont even want to see it in front of my eyes". Si DR nie tak abih2 nak hulur kt ayah aku. Bila ayah aku dh masuk keta, dia nak hulur2 kt aku pulak. Aku tutup pintu keta, ayah aku terus blah dari situ. Dlm keta, ayah aku citer lar. DR tue tak terima ayah aku ckp benda alah tue rosak. DR. tue siap ckp ayah aku tak pandai pegang camera. DR tu tak tau ayah aku pegang camera dari dia kecik, Arwah datuk aku siap ada bilik cuci gambar sendiri, alat2 cuci proses film jadi gambar. Ayah aku ckp, mcm tue lar org kaya. kalau nak menindas. Dah lar org melayu, pun nak tindas org melayu, berpelajaran sampai dpt pangkat DR. Hati, lebih hina dari binatang. Ayah aku ckp, kita kalau jual brg kt org, kalau benda alah tue rosak, kita nak terima duit pun tak sampai hati, tak sanggup sebab org tue sure tak puas hati. Nie kan kita dah bagitau benda tue rosak, dia agi nak deny. Ayah aku redha hilang RM1800. Katanya itulah FATE!

p/s: Jadikan kisah nie pengajaran bagi mereka yg berniaga. Jaga rezeki yg masuk ke dalam tubuh badan dan akan menjadi darah daging. Pastikan ianya benar2 HALAL!

Saturday, August 20, 2005

Ada juga manusia mcm nie...

Smlm hari yg sgt gumbira & juga sgt sugul...
Kita mula dgn gumbira. smlm... Jumaat-19.8.2005, hari terakhir aku di TMNet menjalankan Latihan Industri aku. Bos belanja mkn kt Penang Village, Alamanda Putrajaya. 9 org mkn = RM475. 2nd time mkn cecah harga tu. aku bersama 4 org 'Jantan Rebutan' sampai kt Penang Village disambut Manager Restaurent tersebut. Rasa mcm VIP tue. Sampai table, 4 'Gadis Melayu' sedang menunggu kedatangan kami. Malu kejap sebab yg Lelaki gerak dulu dari ofis, yg Wanita pulak yg sampai dulu. Table tue ada tulih 'RESERVED TMNET SDN. BHD.' tue. Rojak sampai dulu. Tanpa segan silu mkn bebyk. Mmg sumer meraikan aku. Apa nak malu. huhuhu. Lepas tue, nasi sampai, tomyam campur + ayam bijan + sotong goreng tepung + kailan ikan masin + ketam goreng tepung + IKAN siakap 3 rasa (1 Steam & 1 Gorang). Mmg menarik sesgt decoration makanan tue. Kami sumer pon mulakan perjuangan mengisi perut yg lapar. huhuhu... abih mkn, dessert. abih selesai sumer. Bersambung...

Thursday, August 18, 2005

Seksa...

arghhhh... tension tul batuk nie... menghadkan aktiviti harian... smlm aku gi klinik... dari kul 7.30 pagi dh ada kt Klinik Kesihatan Putrajaya. amik no., menunggu..., register, menunggu... gi triage, menunggu... lepas tu register agi, menunggu... dlm 9.45 baru dpt jumpa doctor. Doc nak aku gi makmal, nk kena check darah. lepas tue kena amik bekas sebab nak kena simpan sample KAHAK. aku kena bagi sample KAHAK 3 hari berturut... abih kt klinik dh tghari. so, tak gi opis dh lepas tue sebab kepala sakit yg amat + badan letih2. Lepas lunch, lepak jap, lepas tu tido. sedar2 kul 4.15. bgn solat zohor, tunggu jap & solat asar sekali. lepas solat tue mmg bdn rasa cm nak demam. shejuk yg teramat sgt. just tgk tv jer smpi maghrib. solat lps tue rest. Bdn mmg demam... kepala pening sesgt. then dinner & rest. dhtak larat sesgt terus solat & tido. Habis 1 ari mcm tue jer. Insyallah dgn limpah kurniaNYA cepat lah DIA sembuhkan batuk nie... amin.

Tuesday, August 16, 2005

Hujung Minggu yg SANGAT MENGEMBIRAKAN...

SABTU: Pagi yg menyeronokkan sbb bangun2 tido dpt tgk buah hati pengarang jantung... pagi2 terus wat kejer membaikpulih kereta 'Katak' kesayanganku... Gi hantar adik kt Komuter Serdang... lepas tue DATING ngn 'you know who'. Best sesgt... Puas sesgt... lama tak jumpa lar katakan... Seterusnya... SANGAT MENGEMBIRAKAN...

AHAD: Seperti Sabtu... Bgn tido terus nmpk muka 'you know who'. mmg satu pengalaman yg jarang2 dpt dirasai... selepas lunch bersama2 satu family... terus siap nak gi hantar adik kat Kolej Matrikulasi Londang, Melaka. Dah selamat sampai Melaka, destinasi seterusnya, Simpang Renggam, Johor. Pi hantar 'you know who'. Selamat sampai sana, gerak balik lepas Maghrib & selamat sampai umah kul 10++...

ISNIN: Pi kejer mcm biasa...

p/s: yeyyyy... dah nak abih yey....

Friday, August 12, 2005

Hari Gumbira.

Huhuhu... akhirnya... dpt jgk kekuatan tuk coretkan serba sedikit kisah hidupku seorang macai. huhuhu... byk sgt benda yg dh berlaku dlm sebulan selama tak mem'blog'kan kisah hidupku... huhuhu... antaranya:-
  • Join Kelas CISCO: Alhamdulillah... aku akan belajar dgn tekun... nak bagi saingan kt 'Dewa CISCO' aka Mohd Hidzuan Zainul Hashim.
  • BATUK yg TERLAMPAU: Lebih sebulan aku menderita ngn batuk... seperti kata pakcik aku... ayik duk 'Kong kong kong kong' (Bunyi ketika batuk) jer...
  • TOLONG org: Aku tolong ada 1 minah nie... sampai aku yg miskin... hampeh betul...
  • MAWI menang: Alhamdulillah... Mawi ditabalkan juara AF3. BELIA BENCI DADAH!
  • BOTAKkan kepala: 10.8.2005... tarikh aku membotakkan kepalaku agi...
  • BUAH HATI PENGARANG JANTUNG: Buah hati datang ziarah aku kl KL nie... seronoknya...

Gitu ler serba sedikit yg dpt aku coretkan... insyallah... ada kekuatan agi... aku coret selalu...

-Insan yg LEMAH-

Monday, July 04, 2005

Dugaan...

Sabtu, ahad & Isnin merupakan hari yg cukup menduga keimanan, kesabaran, kekuatan fizikal & mental.
Sabtu, seharian bergelumang ngn minyak hitam, peluh & terik matahari & di akhiri ngn HAMPA.
Ahad, sesi pagi juga bermain minyak hitam, pegi pasar, & gi reunion A.I.I.I. sesi petang gi open house jiran, kemas2 sebab nak tukar Peti Sejuk, peti sejuk yg akhirnya sampai dlm pukul 7.30. Siap angkat, solat lepas tue samaq peti ais tue. lepas tue tgk tv sehingga tak tertahan dek badan ngn keletihan & kepenatan yg tidak terhingga, tido.
Isnin, pagi2 dh kena sound, itu salah, ini salah. BOSAN!!! lepas tue wat lar kejer cam biasa. Lunch mkn kt cafe, HAMPEH! lauk tak sedap. Beli air soya CHILL, RM1.50. Gila punya cafe.
Hari yang hAnGiN sAtU bAdAn!

Tuesday, June 28, 2005

Awek Practical Baru di Tempatku.

Awek baru 2 org baru masuk practical. Student2 MMU. Depa under department Portal. Terhibur jgk ler ada junior practical. :p Ari ni bos tak der, tu yg sempat nk isi blog yg kesepian nie. Pagi td jd cm sesi luahkan perasaan lak kat Bos Portal, tanya2, citer2. Rasa lega lar jgk bila dh lepaskan apa yg terpendam selama nie. lunch tak makan, sebab bwk bekal, save cket. Mkn kt cafe cni Tersangatlah hampeh nyer, mahal & tidak sedap. Jadi dgn bwk bekal dr umah, Jimat & puas hati. :) Rasa senang hati bila Bos tadak. Azamku bermula dari hari nie, "Akan ku coretkan setiap hari dalam blogku ini". Dengan tekad & azam yg kuar!

Monday, May 30, 2005

The Defination...

Definition Of A Blog
So what is a blog? According to Wikipedia (a great source of constantly updated info), "A weblog, web log or simply a blog, is a web application which contains periodic time-stamped posts on a common web page. Weblog is a portmanteau of 'web' and 'log.' The term blog came into common use as a way of avoiding confusion with the term server log."

Thursday, May 19, 2005

Jiwa Kacau...

Setelah beberapa hari practical kat sini, baru aku tau suasana bekerja yg sebenar. tension, presure, hangin satu badan, JIWA KACAU! Yg menjadi tanda tanya tue, "Adakah seseorang yg masih dlm proses belajar, kena hadapi sama sepertimana staf yg dapat gaji, boleh claim & bermcm2 agi keistimewaan staf.". Smlm merupakan My worst nightmare. Practical bahagian marketing department, tapi sampai kena jd Despatch. Patutkah? Anda sendiri menilaikannya.Buat kejer sampai terpotong jari sendiri. Tapi... itu sumer jadi pengalaman kt aku. Dari segi positifnya pulak, aku dapat dapat belajar guna Apple G4. Mmg best. :) Tahniah kat aku. :)
PowerMac Idamanku

Tuesday, May 03, 2005

1st day practical.

wahhh... cemas betul 1st day practical ari nie, dgn bos nk gi cepat, kasut cari tak jumpa lak, pagi2 dah hangin. sampai awal dlm 8.15, ingat nk bfast, pergh, teh tak sedap, panas nak mlecur lidah. lapor diri ok lar, terus bagi 1st day task, terhegeh2 aku wat excel, lama tak praktikkan, padan muka aku. jumpa staff2 yg best. peramah lar gak. overall, 1st day practical kt cyberjaya nie, BEST. :)
Tempat aku practical

Sunday, April 10, 2005

Moral Fiber...

Moral fiber... What is moral fiber? I mean, Its funny...I used to think it was always telling the truth, doing good deeds... You know, basically being a f***ing Boy Scout. But lately i've been seeing it differently. Now i think that moral fiber is about finding that one thing you really care about. That one special thing that means more to you than anything else in the world. And when you find her, you fight for her. You risk it all. You put her in front of everything-- your future, your life-- all of it. And maybe the stuff you do to help her isn't so clean. You know what? It doesn't matter. Because in your heart, you know...That the juice is worth the squeeze...That's what moral fiber's all about.

Image hosted by Photobucket.com

Friday, April 08, 2005

Semalam yg cam best.

7.4.05... ok.gi library, study Business Law. wat past year paper, tgk ada 2 soalan xfaham langsung. send email kat lecturer yg CUN+SWEET+CUTE. mintak bantuan dia. lama gak kat library. nak final dah. jd mat library lar. agi pun ada cabaran yg mesti ditunaikan. sem nie mesti dapat at least A-. kalau tak, mmm... malu ler muka nie. ptg balik umah cousin. mandi+siap2 nak gi MELANTIT. wahhhh... sesi melantit 7.4.05 mmg ramai. siap kusut kepala staff2 Syed Bistro Kelana Jaya tue. dapat kenal ngn ramai agi owg POWER2. dapat kad jemputan kahwin tue. wahhh nasi minyak. YES! :) geram jugak depa duk discuss KLD v.2. bukan geram apa, aku nak gi, tapi exam lar pulak. xper, akan ku kuatkan semangat tuk gi KLD tue, nak merasa kenal ngn raaaaaaamai org. :) ari nie pulak, 8.4.05. aku jd budak library agi, lagi lama dr smlm. Hidup aku! seronok tul dpt email lecturer CUN reply soalan aku smlm dgn mengatakan soalan yg aku tak faham tue topik EJENSI, tak termasuk dlm silibus final exam. fushhh lega rasa... seronok jgk belajar business law nie bila difikirkan blik. memandangkan aku pun nk menceburi dlm bidang business, kena lar tau selok belok cket. Alhamdulillah, Syukur pd yg Maha Kuasa kerana dgn limpah kurniaNyalah aku dpt hidup pada hari ini, dpt berfikir & menyedut udara yg telah diberi pinjam ini. Syukur... Syukur... Syukur Ya Allah... :)

Wednesday, April 06, 2005

Blogku yg kesepian...

Ahad... 3.5.05... mungkin dah lambat bagi aku nak citer... tapi aku nak abadikan hari itu dalam blog aku nie... selepas family aku kuar dalam pukul 9 camtu... aku settlekan pc ayah...byk sgt ragamnya lak pc ayah aku tue... alhamdulilah 90% settle... cuma tak sempat nak scan jer... insyallah ok lah hendaknya... lepas tue siap2 lar nak kuar... dalam kul 12 tue gerak... seperti mana yg telah dijanjikan... aku sampai 30 minit awal... akhirnya... pintu kereta aku pun dibuka... seorang gadis yg hanya mahu dikenali sebagai Watie melabuhkan punggungnya dalam kereta aku... Watie... orangnya lawa... dengan ketinggian 170cm... umur dalam lingkungan awal 20an... memiliki kulit putih halus... rambut lurus yg dipotong pendek... memang menarik dipandang... dilihat... dan berjalan disisinya rasa seperti... satu perasaan yang sukar utk digambarkan... berpakaian ringkas... jeans... tshirt hitam... kasut bermuncung tajam VINCI... memang ringkas tapi menawan... sesi berkenalan pon bermula... proses berkenalan begini buat pertama kali bagi diri aku... mmg mempunyai cerita yg menarik tentang dirinya... personalitinya jgk tidak menunjukkan dirinya awal 20an... dia mempunyai pemikiran mereka2 yg bekerja... pekerjaannya jgk menarik minat aku... akhirnya sampai ke destinasi yg dituju... MID VALLEY... kami terus menuju ker GSC bagi mendptkan tiket... pada asalnya... nak tonton HITCH... tapi tiket sold out pada waktu itu... so... BE COOL it is... 4.20... sementara sampai waktu tayangan... si dia ingin mencari brg yg dikirim dari abgnya yg berada di AUSTRALIA... abgnya mengirim VCD Allahyarham P.Ramlie... salah satu tajuknya... Sarjan Hassan... mmg sempoi brjln ngn dia sambil bertukar2 idea... bertukar2 pengalaman... kadang2 dia menarik tgn aku supaya mengikutinya... pergh... rasa mcm disambar petir... kemudian kami mkn bersama dan setelah selesai kami menonton wayang... BE COOL... comment... COOL... semuanya watak yg dimainkan COOL... selepa itu dia mahu ke klinik... waktu ptg tu hujan... setelah selesai urusan di klinik... kami ke CARREFOUR bagi mendapatkan brg2 keperluan... kemudian mkn mlm di NZ dan selesai... aku hantarnya balik.. mmg satu pengalaman berguna... :) kepada Watie (nama singkatan yg mmg nama sebenar) Terima Kasih...
Image hosted by Photobucket.com

Friday, March 25, 2005

Minggu nie mmg gila penat jugak...

wahhh... lama gila aku tak update blog aku nie... ari nie aku nak wat gila-gila nyer... kesian ko blog... aku tak isi pa pa per kat ko... nak citer start isnin lepas... 21.03.05 aku tak gi kelas pagi tue... penal gila satu malam tak tido... malam semalam nyer... gi amik makcik aku kat pudu... mak kepada cousin aku... lepas tue gi antar cousin aku ngan mak dia kat banting... masa gi tue... cousin aku drive... balik aku drive... masa drive sowang2 tue... aku dengar lagu bidadari pretty ugly... tetiba dengar suara mengilai... perghhhh... gila seram siot... dah lar sowg2 jln banting tue langsung xder keta... aku pon bawak ler laju... tetiba.... sreeeettttt.... aku break emergency... (best tue sound effect aku) :p sebab ada bump... 3 lak tue... yg 1st abih aku langgar... cam nak terbang keta... yg 2nd ngan 3rd sempat slow... hampeh tul... gara2 suara ngilai tue laar... pastu aku tak puas ati... aku pasang balik lagu bidadari tue... rupa2 nyer mmg ada suara ngilai dalam lagu tue... sampai subang... amik cousin agi sowang yg tunggu lama gila kat taj curry depan sjmc tue... dia bertemankan cpu dia yg nak aku check... hantar dia kat umah cousin subang nie... aku gi rush KL amik adik angkat aku baru sampai dari kelantan... jam masa tue dah kul 4 lebih... amik dia... antar dia gi umah sewa dia... lepas tue balik subang balik... sampai dah 5 lebih... smayang subuh...pastue baru tido... bangun kul 9... mandi siap2 nak gi antar member cousin yg diamanahkan kepada aku tuk antar dia kat pudu... lepas 10 lebih... aku balik umah sewa & tido... badan xlarat sgt... bgn petang... so lepas2 tue dah xder apa yg menarik dah... keesokan hari nyer lak...selasa... aku gi "get to know session" microsoft... sedih tul lar... 95% chinese jer... melayu boleh kira ngn jari jer... mmm apa lar nk jd ngn bangsaku... chinese yg datang pakai selipar pon ada... bermakna depa tak kisah pakai apa pon asalkan dapat knowledge... lepas abih tu dalam kul 12... gerak gi umah member jap kat area2 semarak tue sementara tunggu nak gi klas kul 2... kat situ aku tgk byk video clip yg gempak2 bdk2 MMU wat... salah satu nyer "aku cinta aku rindu"... perghhh... respect lar depa wat... cam pro... tabik spring kat depa... toing3x... ok... nanti sambung... byk agi nie... :)

Friday, March 11, 2005

Mingguku yang letih...

Aduh... minggu nie mmg letih... dgn kelas sumer... tapi aku dapat semangat baru belajar kelas Business Law... lecturer tue CUN siotttt.... wahhhh... sejuk mata melihat wajahnya.... aiseh... bukan mata jer yg sejuk... 1 badan sejuk beb.... nasib baik dah kawin... huhu huhu huhu... semlm kelas semangat gila... lecturer tue tanya jer... terus angkat tangan nak jawab soalan dia... semalam kelas Businees Law adalah hari yg paling aku aktif kot sepanjang belajar kat situ... mmmm sem nie mesti leh score lar... 2 org sekali lecturer cun2 ngajar... (nie nak belajar ker apa nie) huhu huhu huhu... ari rabu ari tu aku gi tgk SEPET... mmg best lar citer tue... respect lar sama YASMID AHMAD... sebab telah membawa selangkah agi filem Malaysia ker Martabat yg sepatutnya... tabik spring sama SEPET... toing....toing.... toing.... wahhhh... rasa nak tgk agi jer... malam nie nak study... esok ada test la pulak... pastu nak gi member tunang lak... ntah sempat ker idak ler... tak gi kang... kecik ati member... member umah lak tue... tak per takper... harap2nya dapat gi lar.... wahhhhh.... best lar SEPET!!!

Sunday, March 06, 2005

Hari yg penuh gilang-gemilang.

Perghhh... ari nie ari yg best lar bagi aku... 1st time 'MELANTIT'kan diri... dpt jumpa ngn ramai umat manusia yg semuanya handal2 belaka... sesungguhnya... aku sangat teruja ngan umat2 geng jurnal... geng mak itam... geng lantit... yg mana semuanya mempunyai profesion yang beraneka rasa... umat2 kuat disebalik skrin monitor seperti Timbalan Presiden Geju... Presiden Geng Mak Itam... Webmaster Geng Lantit & Geng Mak Itam... AJK2 KLD... mmg patut aku yg seperti bayi yg masih menyusu badan tabik spring kpd mereka2 ini... toinggg... toinggg... toinggg... huhu huhu huhu... setelah seronok berada dalam kelumpuk2 'ELITE' dlm arena Internet ni... akhirnya telah ditakdirkan aku mendugong-dugingkan diri kat swimming pool Presiden GMI bersama cousin aku yg lebih dikenali dgn 'Dugong Raksaksa'. hehehe... setelah perut terasa mual... kami menyidaikan diri sambil menikmati air soya yg kok enak sekalik. bagus banget sihhh hari ini...

Saturday, March 05, 2005

Ada cerita tentang masa yang indah.

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri
-Peterpan - Mungkin Nanti-