Monday, January 30, 2006

Selamat Tinggal 1426

Tadi selepas masuk maghrib, bermulalah hari pertama bagi tahun 1427 Hijrah mengikut kalendar Islam. Insyallah tahun 1427 akan lebih memberikan aku ketahanan Iman yg lebih jitu & REZEKI yang lebih lebih lebih mencurah-curah. Tahun 1427 akan menjadi saksi titik perubahan aku menjadi seorang hambaNya yg taat kepadaNya. Amin... Selamat Datang 1427...

Monday, January 23, 2006

Lutut Sakit

Hari nie aku wat kejer dalam kesakitan. Sakit lutut nie menjadi2 betul dari sehari ke sehari & hari nie merupakan hari paling sakit. Dah tak sanggup rasanya kalau nak tahan esok lusa. So, esok aku nak gi spital kasi x-ray. Alhamdulillah kejer hari nie macam biasa, gi repair pc yg elok... (hangin jer brother tue) cpu xleh on pon panggil aku, aku gi sana, kasi on boleh jer. Letih letih...

Sunday, January 22, 2006

Impian Tercapai

Alhamdulillah... impian nak memiliki speaker THX Certified akhirnya tercapai jua. Semalam kasi angkat. Dengan penuh penantian dan kesabaran yg akhirnya mengakibatkan kepala pening-pening menahan lapar. Member yg follow sekali pon hampir sawan sebab terseksa menunggu. Yg mengakibatkan jadi menunngu tue sebab beli speaker tue nak dapat murah harga staff member aku yg kejer kat ada 1 kedai PC kat Low Yat tue. Sampai umah, nak angkat bawak masuk pon seksa, berat speaker tue 20kg. So, lengkap lar pc aku, monitor Dell 21 Flat (Thanx Taiko), Speaker Logitech Z-5300, Keyboard Mouse pon logitech. Tinggal nak kasi angkat meja yg kebal cket memandangkan meja yg aku pakai skang dah melengkong menahan beban monitor yg aku sendiri pon tak dapat nak angkat, hanya Taiko saje yg larat. Tima kasih Taiko!

Logitech Z-5300

Wednesday, January 11, 2006

Berbulu jer.

Ari nie 1 hari boleh dikatakan agak relax. Just buat video editing setakat yang larat. Target next week siap. Petang gi settlekan prob member ngan ada 1 Internet Service Provider nie. Konon lar iklan dalam tv layanan mesra, ceh! hampeh. berbulu jer tgk muka ada 1 mamat kat counter yg kami berurusan. Tak abih-abih duk wat report jer. Apa benda la yg depa duk wat kejer, Wallahualam. Tapi akhirnya settle jgk lar, tapi datang prob lain lar. Esok lar pulak settlekan. Malam mcm biasa, main badminton. Nie kepenatan nak tido dah. Selamat malam... kroghhh kroghhh kroghhh...

Tuesday, January 10, 2006

Hari Raya Aidil Adha

Alhamdulillah, hari raya Aidil Adha aku sambut ngn gembira. Cuma penat wat gotong royong korban pagi sampai petang. Tugas aku pagi tadi, jadi transpoter bahagian lembu yang telah disembelih di tempat penyembelihan ke surau untuk diagih-agihkan. Settle sumer, balik rest. dalam kul 3 baru gi makan masakan hasil dari daging korban. Mmm memang puas makan daging ari nie. Bau pon dah macam lembu dah. huhuhu... Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Sunday, January 08, 2006

Rasa Sedih Juga...

Semalam (7.1.06), aku tersangat lar marah & hangin 1 badan dengan 1 kedai kt Imbi. Aku beli casing PC customer, yg tukang jual nie ckp ada power supply sekali kat dalam. Sampai umah nak pasang, tgk tak der power supply. mmm ikutkan hati lar, mau di banned jer kedai tue. Tapi tue lar, layanan dia baik, harga pun boleh dikatakan berpatutan lar jugak. Tak macam 1 kedai kat Low yat hari nie aku gi, hampeh, layanan dia dah lar ngn muka masam, cakap ngn aku perli-perli pulak. Eeeee geram betul aku. Memang aku banned membeli barang kat kedai tue. Padan muka. Pagi tadi aku dapat berita sedih. Bapak nya classmate aku (Hisyam) meninggal dunia awal pagi tadi. Arwah lemas di pukul ombak ketika menjaring di Bagan Lalang. Dalam lingkungan pukul 7.47 minit pagi tadi, mayat arwah dijumpa terdampar di tepi pantai. Sebak aku ketika mendengar kawan aku yang juga classmate (Boy) menceritakan bagaimana si anak memeluk bapanya di tepi pantai terkulai tidak bernyawa. Ketika aku menziarahi dalam pukul 10.30 pagi tadi, Hisyam masih menyendiri di dalam bilik. memang hiba hati aku melihat Hisyam mencium arwah bapanya buat kali terakhir sebelum di sembahyangkan. Aku cuba membayangkan jikalau aku yg berada di tempat dia, memang sukar untuk aku menerima kenyataan. Semasa aku dan Arie (juga classmate) mengiringi Hisyam ke surau untuk menyembahyangkan jenazah, Hisyam terus memeluk Arie & meraung "Bapak aku dah tak der! Dia dah tinggalkan aku!" sambil menangis. Aku & Arie cuba menenangkan Hisyam. Setelah selesai sembahyang jenazah, aku jumpa Hisyam & meminta diri. Sesungguhnya setiap benda yang bernyawa pasti akan MATI! Marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...

Friday, January 06, 2006

Hari yg Letih & Lesu

Mmg dahsyat ari nie. Dah la lewat balik, kul 5.15 baru sampai umah. Tido sat, lepaih tue dah bangun solat subuh. Sepertimana mana yang aku tengah amalkan, supaya tidak tido selepas subuh, masih aku pertahankan walaupun badan tersangat la tak larat. Alhamdulillah, settle pc customer. Kul 10 gi hantar & dia berpuas hati & memberi aku sebijik lagi pc untuk di assemble. Syukur... Balik gi solat jumaat. balik solat tido sebab badan dah betul-betul tak larat, kepala pon dah pening. Seterusnya tak der pa per yang menarik kecuali aku dinner mkn Chicken Chop. Nyum nyum...

Thursday, January 05, 2006

Rezeki... Rezeki...

Alhamdulillah... aku mulakan pagi aku selepas solat subuh dengan menyiapkan video editing tunang cousin aku yg terlalu lama delay. Dia pon bulan Feb nie nak kahwin dah. :p Dalam kul 10 lebih, kuar umah menuju ke umah ke2 iaitu Plaza Low Yat. Masuk parking kul 11.45 pagi. Pusing punya pusing cari brg alhamdulillah jumpa sumer. Masa time tgh nak beli barang nie. Ada pakcik sebelah aku nie nak beli pc, tapi dia mmg tak tau langsung pasal computer. Dia yg menyapa aku dulu bertanyakan apa aku beli. Dari bertanya last2 sampai bantai borak kat depan kedai & org yg layan para pembeli tue nenok kami hangin 1 badan sebab pakcik nie tak jadi beli & boleh pulak bantai borak. Then sambung borak kat Medan Selera tingkat bawah. Kesimpulannya pakcik nie suh aku yg assemble pc tuk dia. Ini lah yang dinamakan rezeki. Settle discuss, aku gerak balik, sampai umah solat zohor & asar. Then baru mkn lunch sebab jimat mkn kt umah, sedap pon sedap ibu masak. :) Petang lepak, rest. Malam lepas solat Isyak kat surau gi main badminton kat Dewan Presint 8. Puas giler main setelah berabad tak bersukan. Kul 11.25 sampai umah, wat budget tuk esok & nie duk tulih blog, lepas nie nak bersihkan badan & tido. krohhhh krohhhh krohhh...

Wednesday, January 04, 2006

Setengah Hari Di Bank Masjid Tanah

Kul 5.30 dh kuar umah nak gi antar adik bongsu aku balik Kolej Matrikulasi dia kat Melaka. Singgah solat Subuh kat R&R Nilai. Sampai destinasi dekat 7.40. Lalu depan sekolah mesti jam sebab 3.1.06 bermulalah musim persekolahan bagi tahun 2006. Dah antar, gi lepak Masjid, Pekan Masjid Tanah. Breakfast sumer siap, teman ibu gi post office nak wat Pos Laju. Then gi Bank area Masjid Tanah sebab nak tukar accaunt dari Amanah Saham Wawasan kepada Amanah Saham Bumiputera. Memang gila lar, beratur dari sebelum pintu bank buka agi. Kul 9.30 bank buka beratur lagi. Walaupun aku masih lagi dalam barisan top 10, aku sampai depan kaunter kul 11. Hampir 2 jam berdiri mcm org gila. Memang dahsyat betul mereka-mereka yang menganggap mereka sahaja yang nak cepat. Lane aku jer 3 org dah potong. Dengan salah 1 trick mereka yang berjaya memotong Q ialah dengan menggunakan anak kecik mereka. Bila baby nangis, memang haru biru Bank jadinya, so pegawai terus bwk mak budak yg nangis tue terus depan kaunter. Memang hampeh. Dah tau nak berurusan ngn Bank, tak payah lar di bawaknya baby. mmm tak tau lar aku. Lane bagi berurusan dgn ASNB hanya 2 sahaja. 1 hanya tuk kemaskini buku, lagi 1 tuk kuarkan wang dari akaun ASN@ASB dan etc. Jumpa agi kerenah mereka yang mementingkan diri nie, kali nie seorang makcik. Makcik nie Q kat barisan Kemaskini. Then dia cakap pada mereka yg berada di hadapan beliau:-

Makcik pentingkan diri: "Barisan nie hanya tuk kemaskini sahaja tau. Nak kuarkan pada lane sebelah"

Then aku terdengar makcik nie berbisik pada geng2 dia yg juga nampak 'pandai' mcm dia.

Makcik pentingkan diri: "Tak per, nanti kita dah sampai depan, kita mintak lar org tue kuarkan wang kita".

Tersangatlah bijak punya perangai. Hampeh... Last-last dh settle sumer urusan di Melaka, petang dalam kul 3.30 sampai lar umah. fuhhh memang penat & berbagai kerenah aku jumpa ari nie.

Monday, January 02, 2006

Hari Relax Sedunia

Hari nie betul-betul aku relax jer kat rumah. Lepas subuh wat estimation keperluan yg hendak dibeli. Baca Majalah PC sampai tertido. :p Bangun-bangun Ibu suruh gi pasar. Balik pasar breakfast. Repair PC, settle nenok tv. Sungguh best relax jer. Tengah hari lunch then sambung relax. Petang gi Alamanda, shopping brg-brg keperluan rumah. Mlm dinner then relax agi. Seharian asyik duk mkn Laksa Penang Ibu masak. Memang puas hati. Thank you Ibu for the Laksa Penang! :)

Sunday, January 01, 2006

1st Day 2006

1st day 2006: Pagi gi meeting jumpa client kt Taman Melawati. Sangatlah bersemangat tuk mencari rezeki pada hari pertama bagi tahun 2006. Kena tunjukkan pada client yg kita boleh bagi komitmen 110%. Insyallah, semoga dengan limpahan rezeki yg melimpah-limpah tahun 2006 nie menjadikan aku seorang yg tawaddu' & kental dalam mengukuhkan lagi keimanan yg telah luntur. Amin... Petang: Kul 2 gerak ker Dewan Serbaguna Precint 8 Putrajaya bagi menghadiri Gathering Geng Jurnal kali ke-5 2005. Seronok dapat jumpa mereka2 yg dikategorikan "Otai" dalam penulisan blog. Dengan hanya RM38 aku dapat sesuatu yg tidak ternilai. Aku jugak beli buku "Jiwa Kacau" bagi menambahkan pengetahuan berkaitan penulisan blog. Petang nak balik hujan punyalah lebat, tapi aku syukur, lama gak tak ujan lebat camtue kat Putrajaya. Malam just rest kat umah bersama keluarga.

Banner Gathering Geng Jurnal