Sunday, January 08, 2006

Rasa Sedih Juga...

Semalam (7.1.06), aku tersangat lar marah & hangin 1 badan dengan 1 kedai kt Imbi. Aku beli casing PC customer, yg tukang jual nie ckp ada power supply sekali kat dalam. Sampai umah nak pasang, tgk tak der power supply. mmm ikutkan hati lar, mau di banned jer kedai tue. Tapi tue lar, layanan dia baik, harga pun boleh dikatakan berpatutan lar jugak. Tak macam 1 kedai kat Low yat hari nie aku gi, hampeh, layanan dia dah lar ngn muka masam, cakap ngn aku perli-perli pulak. Eeeee geram betul aku. Memang aku banned membeli barang kat kedai tue. Padan muka. Pagi tadi aku dapat berita sedih. Bapak nya classmate aku (Hisyam) meninggal dunia awal pagi tadi. Arwah lemas di pukul ombak ketika menjaring di Bagan Lalang. Dalam lingkungan pukul 7.47 minit pagi tadi, mayat arwah dijumpa terdampar di tepi pantai. Sebak aku ketika mendengar kawan aku yang juga classmate (Boy) menceritakan bagaimana si anak memeluk bapanya di tepi pantai terkulai tidak bernyawa. Ketika aku menziarahi dalam pukul 10.30 pagi tadi, Hisyam masih menyendiri di dalam bilik. memang hiba hati aku melihat Hisyam mencium arwah bapanya buat kali terakhir sebelum di sembahyangkan. Aku cuba membayangkan jikalau aku yg berada di tempat dia, memang sukar untuk aku menerima kenyataan. Semasa aku dan Arie (juga classmate) mengiringi Hisyam ke surau untuk menyembahyangkan jenazah, Hisyam terus memeluk Arie & meraung "Bapak aku dah tak der! Dia dah tinggalkan aku!" sambil menangis. Aku & Arie cuba menenangkan Hisyam. Setelah selesai sembahyang jenazah, aku jumpa Hisyam & meminta diri. Sesungguhnya setiap benda yang bernyawa pasti akan MATI! Marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...

No comments: