Kul 5.30 dh kuar umah nak gi antar adik bongsu aku balik Kolej Matrikulasi dia kat Melaka. Singgah solat Subuh kat R&R Nilai. Sampai destinasi dekat 7.40. Lalu depan sekolah mesti jam sebab 3.1.06 bermulalah musim persekolahan bagi tahun 2006. Dah antar, gi lepak Masjid, Pekan Masjid Tanah. Breakfast sumer siap, teman ibu gi post office nak wat Pos Laju. Then gi Bank area Masjid Tanah sebab nak tukar accaunt dari Amanah Saham Wawasan kepada Amanah Saham Bumiputera. Memang gila lar, beratur dari sebelum pintu bank buka agi. Kul 9.30 bank buka beratur lagi. Walaupun aku masih lagi dalam barisan top 10, aku sampai depan kaunter kul 11. Hampir 2 jam berdiri mcm org gila. Memang dahsyat betul mereka-mereka yang menganggap mereka sahaja yang nak cepat. Lane aku jer 3 org dah potong. Dengan salah 1 trick mereka yang berjaya memotong Q ialah dengan menggunakan anak kecik mereka. Bila baby nangis, memang haru biru Bank jadinya, so pegawai terus bwk mak budak yg nangis tue terus depan kaunter. Memang hampeh. Dah tau nak berurusan ngn Bank, tak payah lar di bawaknya baby. mmm tak tau lar aku. Lane bagi berurusan dgn ASNB hanya 2 sahaja. 1 hanya tuk kemaskini buku, lagi 1 tuk kuarkan wang dari akaun ASN@ASB dan etc. Jumpa agi kerenah mereka yang mementingkan diri nie, kali nie seorang makcik. Makcik nie Q kat barisan Kemaskini. Then dia cakap pada mereka yg berada di hadapan beliau:-
Makcik pentingkan diri: "Barisan nie hanya tuk kemaskini sahaja tau. Nak kuarkan pada lane sebelah"
Then aku terdengar makcik nie berbisik pada geng2 dia yg juga nampak 'pandai' mcm dia.
Makcik pentingkan diri: "Tak per, nanti kita dah sampai depan, kita mintak lar org tue kuarkan wang kita".
Tersangatlah bijak punya perangai. Hampeh... Last-last dh settle sumer urusan di Melaka, petang dalam kul 3.30 sampai lar umah. fuhhh memang penat & berbagai kerenah aku jumpa ari nie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment